Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Limau Goreng Tepung"


Tips

Boleh gantikan limau dengan lemon.

Ingredients

Dada Ayam 5 ketul
Telur 1 biji
Lada Hitam *ditumbuk 1 sudu besar
Garam 2 sudu kecil
Bawang Putih *tumbuk Halus 5 ulas
Tepung Beras 4 sudu besar
Tepung Gandum 1 cawan
Serbuk Lada Sulah 2 sudu besar
Serbuk Kunyit 1 sudu besar
Daun Limau *cincang Halus 2 batang (15 helai)
Limau Nipis 2 biji

Instructions

1

Dada ayam dipotong nipis. Bilas dan tus hingga benar-benar kering.

2

Satukan telur, bawang putih, lada hitam, 1 sudu kecil garam dab perahan 1 biji limau. Pukul rata.

3

Pastikan daun limau yang dicincang halus benar-benar halus.

4

Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras, lada sulah, 1 sudu garam, daun limau, serbuk kunyit. Gaul rata.

5

Panaskan minyak.

Cara Menggoreng

1

Celup ayam ke dalam adunan telur terlebih dahulu, kemudian masuk ke dalam adunan tepung.

2

Celup semula ke dalam adunan telur dan gaul balik dengan adunan tepung.

3

Dengan cara ini, tepung melekat lebih tebal dan lebih kuat rasanya.

4

Goreng dengan api yang kuat kerana kita mahu garingkan bahagian luar tapi tidak mahu terlalu masak dagingnya.

5

Sekitar 4 minit, angkat ayam yang sudah keperangan. Tuskan minyak dan sedia dihidang bersama perahan limau.