Back to Recipe Print

Recipe for "Kerabu Mentah"


Tips

Biasanya kelapa dibakar dulu sekejap atas api bagi mendapatkan aroma kelapa bakar yang wangi.
Cara: Kelapa yang dibelah ditelangkupkan sebentar atas api dapur gas, Pastikan api dalam keadaan yang kecil sahaja. Bakar hingga sedikit hangit atau sehingga naik baunya.

Ingredients

Kelapa Parut 1/2 biji (dibakar dulu baru parut)
Tauge 1 cawan
Daun Selom (Hiris Kasar) 1 cekak
Limau Kasturi 1 biji (tambah ikut rasa)
Bahan Ditumbuk
Bawang 3 biji
Cili Api 5-10 biji (ikut kepedasan)
Cili Besar 1 biji (buang biji)
Belacan 1 inci (dibakar)
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Setelah lumat semua bahan yang ditumbuk, campurkan dengan kelapa parut dan tumbuk lagi perlahan hingga semua bahan sekata.

2

Perahkan air limau kasturi dan kacau hingga rata.

3

Akhir sekali campurkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam bekas berisi daun selom dan tauge , Gaul kan hingga sekata.