Back to Recipe Print

Recipe for "Bubur Pulut Hitam Bonda"


Tips

Sesiapa yang suka durian, boleh juga dimasukkan buah durian.

Ingredients

Pulut Hitam 1 mug
Santan Pekat 200 gram
Air(Merebus Pulut Hitam) Paras pulut hitam tenggelam
Santan Cair/air 1 mug
Gula Pasir 6-7 sudu besar
Garam 1/2 sudu teh
Daun Pandan 2-3 helai

Instructions

1

Basuh sekali pulut hitam. Masukkan ke dalam periuk.

2

Tuang air sehingga pulut hitam tenggelam. Rebus pulut hitam sehingga empuk.

3

Boleh tambah air jika pulut hitam belum empuk lagi.

4

Setelah empuk, masukkan santan pekat dan kacau sebentar. Masukkan juga daun pandan.

5

Masukkan santan cair/air bagi mencairkan bubur. Jangan terlalu pekat atau cair.

6

Masukkan sedikit garam bagi menaikkan rasa lemak santan tadi.

7

Tambahkan gula. Boleh kurangkan jika ingin kurang manis. Saya masukkan 6 sudu sahaja.

8

Didihkan dan sentiasa kacau bubur sehingga gula larut dan santan cukup masak.

9

Setelah siap, boleh dihidangkan dengan menuangkan sedikit santan pekat. Boleh dimakan panas ataupun sejuk.