Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Pisang Lembap"


Tips

Guna pisang berangan pun boleh. Kalau guna pisang berangan, guna 7 biji.

Ingredients

Tepung Gandum* 2 cawan
Baking Powder* 1 sudu teh
Soda Bicarbonat* 1 sudu teh
Pisang Emas (Dilenyek) 10 biji
Butter Dicairkan - Dan Disejukkan 125 gram
Gula Perang 1 cawan
Ovellet 1 sudu besar
Telur Gred A 4 biji
Susu Cair 1/2 cawan
Esen Vanilla Sedikit

Instructions

1

Pukul telur bersama ovellet dan gula sehingga kembang.

2

Masukkan tepung berselang seli dengan butter yang telah dicairkan.

3

Kemudian masukkan pisang yang telah di lenyek,susu cair dan di gaul rata.

4

Panaskan oven dengan suhu 160 darjah.

5

Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit butter dan di alas dengan kertas minyak - sapukan butter tu rata2.

6

Selepas itu bolehlah dibakar dalam masa 40 minit atau sehingga masak.

7

Biarkan kek sejuk dahulu,barulah dipotong & dihidangkan.