Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Karamel Susu Tanpa Telur"


Tips

Agar-agar jangan guna banyak kerana ia akan jadi agar-agar, bukan puding. hanya guna 6 tali dari 1 paket.

Ingredients

Gula * 5 sudu makan
Air * 1/4 cawan
Susu Cair 300 ml
Susu Pekat 1 sudu makan
Coffemate 1 sudu makan
Agar-Agar Tali 6 tali sahaja
Gula Ikut citarasa masing-masing
Esen Vanila 1 sudu kecil
Air 1/2 cawan

Instructions

1

Sediakan karamel dengan masukkan gula dan air ke dalam kuali. Semua bahan yang bertanda * .

2

Hanguskan ia sehingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang (saya pilih loyang seperti bentuk puding di bawah). Sejukkan.

3

Untuk puding pula, masukkan agar-agar tali dan juga air ke dalam periuk. Biarkan ia sehingga agar-agar tadi hancur.

4

Kemudian masukkan susu cair,susu pekat,esen vanila,gula dan juga coffemate.

5

Kacau hingga gula hancur dan mendidih (saya biarkan ia mendidih hampir 5 minit sambil sebatikan ia).

6

Kemudian tuangkan atas karamel yang telah dibuat tadi, dan masukkan ke dalam peti sejuk (bahagian atas tempat ice cube) dalam tempoh 45 minit.

7

Kalau dah keras elok ,terbalikkan atas pinggan dan boleh dimakan atau letakkan di dalam peti ais (bahagian bawah, bukan tempat sayur yer).