Back to Recipe Print

Recipe for "Makaroni Carbonara"


Tips

Beef bacon di pan-fried dengan minyak zaitun/minyak masak biasa dengan kuantiti yang sedikit hingga garing. Pecah-pecahkan semasa menghidang.

Makaroni direbus dengan air yang mendidih & bergaram. Selepas ditos, gaulkan makaroni dengan 1 camca besar mentega untuk mengelakkan makaroni melekat antara satu sama lain.

Ingredients

Makaroni 500 gram (rebus)
Beef Bacon 2 keping
Bay Leaf 1 helai
Herba Basil Kering 1/2 camca kecil
Air 1/3 cawan
Sos Carbonara 5 camca besar
Serbuk Lada Hitam Secukup rasa
Bawang Holland 1/2 biji (potong dadu)
Bawang Putih 2 ulas (cincang)
Shitake Mushroom 3 kuntum (hiris)

Instructions

1

Tumis bawang putih, bawang holland, bay leaf & shitake mushroom hingga layu, kacau rata & masukkan sos carbonara.

2

Kacau rata & masukkan sedikit air. Tambah sedikit herba basil kering, masak perlahan & hingga pekat.

3

Masukkan makaroni & kacau rata. Hias dengan beef bacon yang garing. Hidang.