Back to Recipe Print

Recipe for "Iceboxrivet Baked Chicken Style With Mash Potato"


Tips

Replace lemon with lime or fresh orange juice

Ingredients

Untuk Ayam Bakar
Ayam 1 ekor size sederhana (dibersihkan luar dan dalam)
Sos Tiram Berperisa Ayam 1 sudu besar
Dry Mixed Herbs 2 sudu besar
Lemon 1 biji
Lada Hitam Kasar 1 sudu besar
Bawang Putih 10 - 12 ulas (dititik sahaja.tak payah mayang)
Gula 4 sudu
Serbuk Stok Ayam 2 sudu besar
Untuk Mash Potato
Kentang Sederhana Besar 7 - 8 biji
Kiub Pati Ayam 1 ketul
Susu Isian Sejat 1 tin
Lada Hitam Serbuk Sedikit
Tepung Gandum 1 -2 sudu besar

Instructions

Untuk Memerap dan Membakar Ayam

1

Gaulkan stok ayam pada bahagian dalam dan luar ayam

2

Masukkan mixed herbs dan lada hitam dan gaul rata - rata

3

Campurkan sos tiram, gula & bawang putih pada dalam dan luar ayam. Dipermukaan dalam kulit di bahagian dada, begitu juga di bahagian dalam ayam

4

Potong lemon dan perahkan serta tinggal sebahagian di dalam ayam. Manakala sebahagian lagi hiris nipis - nipis dan tabur di bahagian luar.

5

Peramkan ayam 1 jam & bakar pada suhu 190 degree celsius selama 1 jam. Balikkan ayam selepas 30min. Sekiranya belum masak, tambah lagi 20minit.

6

Untuk mendapatkan kulit ayam bakar yang perang, boleh glazekan dengan sedikit madu.

Untuk Membuat Mash Potato dan 'gravy' nya

1

Kupas kesemua kentang dan potong kecil - kecil
rebuskan air dan masak kentang tersebut sehingga betul - betul empuk.

2

Setelah empuk, tajin lebihan air dan lecekkan / lenyekkan kentang dengan 'potato masher' atau lesung batu yang dibalut dengan plastik.

3

Setelah betul - betul lembut, barulah masukkan sedikit demi sedikit susu isian sejat tadi.

4

Kacau dan tambah sampai ketang tu betul2 lembut dan licin. Kemudian barulah serasikan dengan garam dan lada hitam.

5

Panaskan baki susu tadi. Masukkan kiub ayam. Masukkan tepung. Kacau sampai pekat. Masukkan lada hitam. Kemudian tapis (kalau berketul2).