Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Masak Ala India"


Tips

Gunakan asam gelugur semasa minyak sedang panas bagi mengelakkan ayam melekat semasa menggoreng.

Ingredients

Dada Ayam (Dipotong Kecil) 2 keping
Serbuk Kunyit Dan Garam Sedikit
Minyak Untuk Menggoreng Secukupnya
Kayu Manis * 1 batang
Bawang Putih (Dihiris) 2 ulas
Halia Dihiris * 1 1/2 inci
Daun Kari 3 helai
Cili Kering Dipotong 2 4 tangkai
Biji Sawi 1/2 sudu teh
Rempah Kari Dibancuh Dengan Sedikit Air 2 sudu makan
Air 1/2 cawan
Serbuk Pati Ayam 1/2 sudu makan
Garam Secukup rasa
Cili Hijau Dihiris Serong 1 biji
Bawang Besar Dipotong Wedges 1 labu
Limau Nipis (Ambil Perahannya) 1/2 biji
Daun Ketumbar Sekadar hiasan

Instructions

1

Gaulkan ayam bersama kunyit dan garam.

2

Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga keperangan. Angkat dan toskan.

3

Tumis semua bahan yang bertanda * berserta daun kari,cili kering dan sawi.

4

Masukkan bancuhan rempah kari dan kacau sehingga pecah minyak.

5

Masukkan air,serbuk pati ayam,garam,perahan limau nipis,cili hijau,bawang besar,dan ayam. Sebatikan.

6

Masak sehingga kering bagi yang mahukan kering. Bagi yang mahukan kuah memadai sehingga ayam masak dan tutup api.

7

Sedia dihidang.