Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Ayam Hainan"


Tips

-mentega boleh diganti dengan lemak ayam,rasa lebih sedap
-daun bawang direbus dengan ayam untuk mengurangkan hanyir
-boleh juga dimasukkan sedikit halia muda kedalam sos

Ingredients

Bahan Sup
Ayam Dipotong 4 Seekor
Halia Ketuk 2 inci
Daun Bawang Sepokok
Bawang Putih 2 ulas
Air 1.5liter
Bahan Perapan
Kicap Manis 5 sdb
Sos Tiram 2 sdb
Minyak Bijan 1 sdt
Bahan Nasi
Beras 2 tin susu
Daun Pandan Simpul 2 helai
Kunyit Serbuk 1/2 sdt
Mentega 1 sdb
Minyak Masak 2 sdb
Garam Secukup rasa
Bahan Sos
Cili Padi 15 biji
Cili Merah 7 biji
Limau Kasturi - Buang Biji 5 biji
Bawang Putih 4 ulas
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Bahan Sampingan
Timun Jepun 1 biji
Tomato 1 biji
Tauge Rangup
Taugeh 300g
Kicap Cair Secukupnya
Minyka Bijan Jika suka

Instructions

Cara membuat sup

1

Didihkan air bersama halia dan bawang putih , masukkan ayam dan daun bawang. kecilkan api dan rebus hingga ayam masak lebih kurang 1/2 jam

2

Toskan ayam , tapis sup tadi.
Bahagikan sup untuk memasak nasi & sup

Cara membuat ayam goreng

1

Perapkan ayam tadi dengan bahan perapan kira2 20-30minit

2

Panaskan minyak dan siram2kan minyak panas tadi keatas ayam. Proses ini tidak perlu lama kerana ayam sudah masak sepenuhnya

3

Kicap perapan tadi boleh ketepikan untuk dihidang bersama nasi

Cara memasak nasi

1

Cuci beras dan toskan . Panaskan minyak dan masukkan mentega

2

Tumis bawang merah tumbuk. masukkan beras dan sangai kira2 5-10minit bertujuan untuk mendapatkan nasi yang berderai

3

Masukkan sup tadi secukupnya , daun pandan dan serbuk kunyit.
Biarkan nasi mendidih baru masukkan garam secukup rasa
Masak nasi seperti biasa

Cara membuat sos

1

Blender semua bahan kecuali garam,gula
Limau dimasukkan berserta kulit 3-4biji. lagi sebiji hanya ambil jusnya

2

Renehkan dan perasakan dengan garam dan gula
Rasa selepas sos menjadi sejuk untuk mendapatkan rasa yang tepat

Cara membuat taugeh rangup

1

Didihkan air dan celur seketika sahaja taugeh
Tuangkan kedalam pinggan dan tuang kicpa cair berserta minyak bijan