Back to Recipe Print

Recipe for "Meatball Ala-Ala Ikea"


Tips

prepare bahan-bahan dulu baru tumis... kalau tak,rentung jadik nya ;)

Ingredients

Untuk Digoreng
Meatball (Biasa Pakai Jenama Marina, Sebab Lagi Sedap) 1 peket (20 ketul meatball)
Kentang Goreng (Kalau Mahu) Ikut suka
Sos Ala-Ala Ikea
Mentega 2 sudu
Tepung Gandum 1 1/2 sudu
Bawang Holland 1 biji (biasa pakai 2 biji sebab bawang holland menambahkan rasa sedap sos itu ) dicincang kasar-kasar sebab akan dikisar
Tomato 2 biji (lebih pun tak pe) dicincang kasar-kasar sebab akan dikisar
Air Sejuk 1 1/2 cawan
Susu Segar (Biasa Pakai Good Day) 100 ml
Sos Tomato 3 sudu
Sos Tiram 3 sudu
Kicap Manis 2 sudu
Sos Black Pepper 1 sudu (nak pedas letak lebih)
Serbuk Black Pepper 1 sudu (nak pedas letak lebih)
Kiub Pati Ayam 1 kiub
Kiub Daging 1 kiub
Gula 1 sudu
Hiasan
Jem Strawbery Ikut suka

Instructions

1

Goreng meatbal dengan kentang goreng sehingga masak. angkat dan sejukkan

2

Panaskan minyak masak then tumis bawang holland sehingga layu jgn sampai garing ea..nanti pahit

3

Masukkan tepung gandum, tumis sehingga berubah warna coklat. then masukkan tomato dan tumis sampai layu.

4

Selepas itu, masukan air, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos dan serbuk black pepper, kiub daging dan ayam, gula, kacau sampai rata

5

Kacau sebati sampai mendidih..tutup api dan tunggu sehingga suam. kemudian masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar sampai hacur, halus dan mulus.

6

Hidangkan bersama meatball, kentang goreng dan jem strawbery. kalau nak lagi rare, cucuk bendera Malaysia. baru ala-ala ikea tapi made from Malaysia.

7

Selamat mencuba dan menjamu selera.