Back to Recipe Print

Recipe for "Biskut Chocolate Nibs"


Tips

Korang nak letak milk chocolate pun boleh.

Ingredients

Susu Pekat 1/4 cawan
Kuning Telur 1 biji
Gula 2 sudu besar
Baking Powder 1/2 sudu kecil
Air 2 sudu besar
Mentega 1/4 cawan
Tepung Gandum 1 1/2 cawan
Badam Nibs. Untuk hiasan
White Chocolate (Dicairkan Kaedah Double Boiler) Anggaran je nak pakai berapa banyak.
Pewarna Merah Sedikit
Garam 1/8 sudu kecil

Instructions

1

Campurkan susu pekat manis dan ketepikan.

2

Satukan tepung,gula,baking powder dan garam. Gaul sebati.

3

Kemudian masukkan mentega ke dalam adunan tepung.Apabila dah sebati,masukkan kuning telur.

4

Akhir sekali masukkan bancuhan susu tadi.Sekiranya adunan masih lembik,tambah sedikit tepung hingga menjadi doh.

5

Letakkan pewarna merah agar doh menjadi warna merah. dan simpan di dalam peti ais selama 20 minit.

6

Kemudian tekapkan dengan acuan yang anda suka. Griskan talam anda dengan mentega. Bakar selama 20 minit dengan suhu 175 darjah celcius.

7

Setelah biskut sejuk, paipkan white chocolate di atasnya dan taburkan badam nibs. Simpan di dalam bekas kedap udara.