Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Chocolate Basah"


Tips

Tips dari rancangan Martha Bakes, kalau kacau adunan kering menggunakan egg whisk ni, tidak perlu ayakkan tepung.

Ingredients

Tepung Gandum 1 3/4 cawan
Serbuk Koko 3/4 cawan
Baking Powder 1 1/2 sudu teh
Baking Soda 1 sudu teh
Garam 1 sudu teh
Gula Kastor 1 1/2 cawan (resepi asal 2 cawan,maka terpulanglah)
Telur Gred A 2 biji
Minyak Jagung 1/2 cawan
Esen Vanila 2 sudu teh
Susu Segar 1 cawan
Air Panas 1 cawan
Chocolate Chips Untuk hiasan
Badam Nibs Untuk hiasan
Milk Chocolate Compound Beryl's Cairkan sahaja guna kaedah double boiling

Instructions

1

Panaskan oven pada suhu 177 darjah celcius. Letakkan kertas minyak pada bahagian bawah loyang.

2

Dalam mangkuk, campurkan gula,tepung,serbuk koko,garam,baking powder,baking soda dengan menggunakan egg whisk sehingga sebati.Ketepikan.

3

Sebelum masukkan telur,pecahkan dulu telur di dalam mangkuk lain agar telur kuning itu pecah.

4

Di dalam mixer,masukkan telur,susu, minyak dan esen vanila.Pukul selama 2 minit dengan kelajuan sederhana.

5

Masukkan semua bahan kering sehingga sebati (rujuk bahan di langkah 2). Akhir sekali masukkan air panas. Sebatikan.Adunan memang akan kelihatan cair.

6

Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 40- 50 minit atau sehingga kek masak.

7

Apabila kek sejuk, tuangkan chocolate Beryl's yang telah dicairkan,dan hias dengan chocolate chips dan badam nibs.