Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Buah Bakar Tanpa Telur"


Tips

-lebih sedap dimakan selepas 24jam dimasak
-potong menggunakan pisau tajam supaya kek 'bersih' ketika dipotong
-sukatan kulit limau boleh dikurangkan
- tidak perlu menggunakan cake mixer

Ingredients

Bahan A
Salted Butter Anchor 250g
Susu Pekat Manis 260g
Buahan Kering Campuran 300g
Air Masak Panas 1 cawan
Bahan B
Tepung Gandum 300g
Soda Bicarbonate 1 sdt
Jus Oren Yang Diperah Sendiri 1/2 cawan
Kulit Oren Sagat 1 1/2 sdb
Esen Vanila 1 sdt

Instructions

1

Butter dipotong kecil , masukkan kedalam periuk dan masukkan semua bahan A.
Perap 3-4jam hingga buahan kering kembang

2

Selepas 3-4jam , campurkan jus oren kedalam bahan A.
Kacau menggunakan spatula atau senduk sahaja

3

Kemudian masukkan tepung dan soda yang telah diayak sikit demi sedikit sambil kaup balik hingga sebati

4

Tuangkan adunan kedalam loyang 8 x 8 yang telah digris dan dilapik

5

Bakar suhu 160' selama 1 1/2jam atau sehingga masak