Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Buah Kukus Gula Hangus"


Tips

1. Boleh juga guna unsalted butter mengikut citarasa masing2
2. Kek lebih sedap selepas 24jam

Ingredients

Tepung Gandum 300g
Gula Castor 60g
Telur Siza A 3 biji
Butter Salted Anchor 200g
Buahan Campur Kering 250g
Soda Bicarbonate 1 sdt
Esen Vanila 1 sdt
Pewarna Coklat Sedikit sahaja
Bahan Gula Hangus
Gula 1 cawan
Air 1/2 cawan

Instructions

1

Panaskan kukusan dahulu , griskan dasar dan keliling loyang sz 6" atau 7". Lapik loyang dengan baking paper supaya lebih mudah untuk keluarkan nanti

2

TIPS PENTING: ambil sedikit tepung dari sukatan diatas, gaulkan tepung dangan buahan kering supaya buahan tidak mendap

3

Ayak tepung gandum dengan soda bicarbonate - ketepikan

4

Pukul butter dan gula hingga kembang,masukkan esen vanila dan sikit pewarna coklat. Kacau sebati
Pewarna ini akan menjadikan warna kek lebih gelap

5

Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau perlahan menggunakan SPATULA/SENDUK SAHAJA untuk mengelakkan kek menjadi kering

6

Masukkan tepung dan gaul dengan cara kaup balik sahaja sehingga tepung sebati dengan adunan butter telur tadi. ketepikan

7

Guna periuk bertangkai panjang , sediakan gula hangus

8

Tuangkan gula hangus PANAS tadi kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan SENDUK KAYU hingga sebati

9

Akhir sekali masukkan buahan kering tadi , hanya gaul manja sahaja dengan adunan batter .

10

Tuang kedalam loyang tadi , tutup loyang dengan aluminium foil dan ikat keliling dengan tali

11

Kukus adunan selama 2jam , PASTIKAN AIR MENDIDIH SEMASA MEMASUKKAN KEK,api sederhana

12

Kek boleh dikukus 4jam supaya tahan lebih lama . Pastikan air kukusan tidak kering.jika air berkurangan tambah dengan air panas supaya suhu tidak drop

13

Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang