Back to Recipe Print

Recipe for "Apam Sukma Kasih"


Tips

1. Tutup/alas penutup kukus dengan kain supaya air tidak menitis keatas apam.
2. Kukus guna api sederhana supaya apam tidak menggelembung dan tidak rata

Ingredients

Tepung Gandum 300g
Telur Gred A 3 biji
Gula 100g
Ovelatte 1 sdb
Baking Powder 3 sdt
Santan Kotak 250ml
Susu Pekat Manis 3 sdb
Esen Vanila 1 sdt
Jem Untuk Sapu Pada Lapisan Secukupnya
Pewarna Pilihan,coklat,merah,biru,hijau Secukupnya

Instructions

1

Panaskan kukusan. Gris loyang dan lapikkan dasar loyang 8x8" dengan baking paper. Ayak tepung dan baking powder

2

Pukul telur, gula dan ovelatte hingga kembang dan gebu

3

Masukkan susu pekat,esen vanila dan santan. Pukul lagi

4

Masukkan tepung sikit demi sikit hingga habis sambil mengacau adunan

5

Asingkan 3 cawan bancuhan untuk dasar dan atas apam. Warnakan dengan warna coklat dan bahagi 2 bahagian*(warna coklat)

*jika mahu corak begini

6

Baki bancuhan dibahagi kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna biru,hijau,merah. Masukkan kedalam piping beg untuk lebih senang mencorak

7

Tuangkan 1 bahagian warna coklat kedalam loyang,kukus api sederhana kira2 10minit

8

Keluarkan dan terus sapu jem pilihan keseluruh apam (tidak perlu tunggu sejuk)

9

Jalurkan selangseli dengan bancuhan warna tadi hingga habis. kukus semula kira2 15minit.

10

Keluarkan dan terus sapu jem,tuang baki bancuhan warna coklat tadi

11

Kukus kira2 30minit sehingga masak sepenuhnya. sejukkan sebelum dipotong