Back to Recipe Print

Recipe for "Gulai Jagung"


Tips

If ada santan,guna santan. tapi saya lebih prefer susu cair.

Ingredients

Jagung ( 1 Tongkol Dipotong 6) 2 tongkol
Serbuk Kari Ayam / Daging 1 atau 2 sudu besar (ikut kepedasan yang anda mahu)
Serbuk Kunyit 1/2 sudu kecil
Air Air secukupnya agar jagung masak
Susu Cair Secukupnya (1/2 cawan)
Bawang Besar (Dihiris) 1 labu
Garam Secukup rasa
Bawang Merah (Dimesin) 1 sudu besar
Bawang Putih (Dimesin) 1/2 sudu kecil
Minyak 4 sudu makan

Instructions

1

Dalam kuali / periuk, masukkan minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang besar.

2

Setelah bawang tadi agak keperangan,masukkan bawang putih dan bawang merah mesin. Sebatikan.

3

Masukkan serbuk kunyit dan serbuk kari. Letakkan sedikit air. Tumis sehingga naik minyak.

4

Masukkan jagung dan air. Sebatikan dan biarkan jagung masak.

5

Apabila jagung sudah masak, masukkan garam dan susu cair.Sebatikan dan sedia untuk dihidang.