Back to Recipe Print

Recipe for "Ceria Scrambled Egg"


Tips

Jangan masak terlalu lama kerana tekstur telur akan kering. Masak menggunakan api yang sederhana. Minyak masak boleh digantikan dengan mentega.

Ingredients

Telur Gred A 2 biji dipukul
Tomato 1 biji dipotong dadu
Bawang Holland 1 mangkuk kecil dicincang
Daun Sup Saderi 1 tangkai dipotong halus
Susu Rendah Lemak 1/3 cawan
Serbuk Lada Sulah Sedikit
Garam Secubit
Minyak Sedikit (menumis)

Instructions

1

Pecahkan 2 biji telur kedalam mangkuk kecil dan kacau bersama susu rendah lemak, sedikit serbuk lada sulah dan garam. Ketepikan apabila sudah sebati.

2

Panaskan minyak dan tumis bawang Holland sehingga naik bau.

3

Masukkan pula tomato dan gaul sebati.

4

Seterusnya tuangkan telur yang telah di pukul awal tadi

5

Letakkan hirisan daun sup saderi dan kacau dengan pantas. Kemudian tutup api.

6

Boleh dihidangkan bersama roti bakar yang diselet dengan mentega.