Back to Recipe Print

Recipe for "Angel Olio"


Tips

Sebaik- baiknya gunakan seafood sebagai rencah utama. Saya menggunakan angel hair kerana mee dia lebih halus dari spaghetti. Boleh juga lettakkan lada benggala untuk lebih menarik!

Ingredients

Angel Hair 1 paket
Udang 1 genggam
Chicken Meatball 1 genggam (dibelah separuh)
Sosej Ayam 4 batang(dipotong serong)
Bawang Holland 1/2 labu (dicincang halus)
Bawang Putih 5 ulas (dicincang halus)
Brokoli Separuh pokok (dipotong kecil)
Tomato 5 biji kecil (dibelah 2)
Cendawan Tiram 1 genggam (dicarik)
Minyak Zaitun 1/4 cawan
Mentega 1 sudu besar
Dried Chili Flakes 2 sudu besar
Pati Ayam 1 kiub
Mixed Herbs 1 sudu besar
Lada Sulah Sedikit
Garam Secukup rasa
Lada Hitam 1 sudu kecil

Instructions

1

Rebus angel hair bersama sedikit garam dan mentega. Apabila sudah masak toskan supaya kering.

2

Tuangkan minyak zaitun dan letakkan mentega. Apabila mentega sudah berbuih tumiskan bawang putih dan bawang Holland sehingg layu.

3

Masukkan sosej, chicken meatball kemudian udang.

4

Apabila separuh masak masukkan pula sayur brokoli dan cendawan tiram.

5

Kemudian masukkan bahan perisa seperti lada sulah, kiub pati ayam, cili flakes dan serbuk lada hitam.

6

Akhir sekali masukkan angel hair dan tomato. Taburkan mixed herbs dan garam secukup rasa. Gaul sehingga rata.

7

Siap untuk dihidang. Boleh juga taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.