Back to Recipe Print

Recipe for "Sup Gearbox (Lutut Lembu)"


Tips

1. Jika suka sedikit masam boleh diperah jus limau atau tambah tomato
2. Lebis sedap dimakan dengan cilipadikicap

Ingredients

Kepala Lutut Lembu 2 ketul
Daging Tetel 1/2 kg
Rempah Kurma Serbuk 3-4 sdb
Sup Bunjut 1 biji
Bawang Merah 1 biji
Bawang Putih 5 ulas
Lada Hitam 1 sdb
Halia 3 inci
Lengkuas 2 inci
Garam Secukup rasa
Bahan Sayur
Carrot 1/2 biji
Selery 1 batang
Daun Sup 1 pokok

Instructions

1

Bancuh serbuk kurma dengan sedikit air hingga menjadi pes dan tidak berketul.

2

Bawang besar di potong 4,bawang putih dibuang kulit sahaja,lada hitam tumbuk kasar,lengkuas dan halia diketuk

3

Masukkan tulang lutut,tetel,pes kurma,bawang dan bahan ketuk. Tambah air secukupnya

4

Renehkan api HIGH menggunakan slow cooker kira2 1jam. Jika tetel sudah lembut boleh lah di OFFkan

5

Keluarkan tetel dan tulang , tapis sup kedalam periuk lain.
Hampas2 tapisan tadi bolehlah dibuang

6

Didihkan sekali lagi dan masukkan garam secukup rasa

7

Masukkan sayuran dan cilipadi jika suka pedas. Hidang panas bersama nasi putih