Back to Recipe Print

Recipe for "Bebola Roti Daging"


Tips

Boleh tukarkan bahan daging tukar kepada udang.

Ingredients

Roti 10 keping
Daging Burger 2 keping
Lada Merah 1 batang
Bawang Besar 1 biji
Telur 2 biji
Daun Sup Sedikit
Lada Hitam Sedikit
Garam Sedikit
Kiub Ayam 1 kiub

Instructions

1

Potong roti kecil-kecil. Kemudian masukkan ke dalam bekas.

2

Kemudian masukkan telur, kiub ayam di hancurkan, daun sup, lada merah, bawang yang dipotong dadu, daging burger yang dipotong dadu. Gaul sehingga rata.

3

Masukkan lada hitam yang ditumbuk dan garam sedikit sahaja dan gaul lagi.

4

Setelah digaul, kepal-kepalkan menjadi bebola.kepal sehingga habis.

5

Kemudian goreng sehingga keemasan. Makan bersama sos cili.