Back to Recipe Print

Recipe for "Kacang Panjang Tumis Pedas"


Tips

Tutup kuali seketika dengan penutup kukusan/penutup periuk selepas sayuran dimasukkan bagi mengekalkan warna hijau sayur dan empuk.

Ingredients

Kacang Panjang 3-4 urat
Lobak Merah 1/2 batang
Cili Merah 1 biji
Cili Padi 3-4 biji (ikut kepedasan masing2)
Bawang Merah 2 biji
Bawang Putih 2 ulas
Hish Cake / Fish Ball / Ikan Bilis Secukupnya

Instructions

1

Hiris cili merah, cili padi, bawang besar dan bawang putih. Begitu juga dengan fish cake. Kali ini saya potong secara menyerong.

2

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis semua bahan yang dihiris tadi hingga naik bau dan fish cake agak garing. Kemudian masukkan sayuran.

3

Tutup tumisan seketika dengan dengan penutup kukusanbagi mengekalkan warna hijau sayur dan empuk. Tambahkan dengan perasa dan sedikit air jika perlu.

4

Lauk sedia dihidang bersama-sama dengan lauk lain dan nasi panas.