Back to Recipe Print

Recipe for "Cencaru Cili Sumbat"


Tips

Cili boh boleh dimasak terlebih dahulu jika mahu.

Ingredients

Ikan Cencaru 2 ekor
Cili Boh 2 sb
Bawang Merah 2 biji
Bawang Putih 1 ulas
Gula 1 sb
Garam Secubit
Serbuk Kunyit Secukupnya

Instructions

1

Bersihkan ikan dan belah di bahagian atasnya.

2

Salut ikan dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.

3

Untuk bahan sumbat, hiris nipis bawang merah dan putih. Campurkan dengan cili boh bersama gula dan garam. Gaul rata.

4

Sumbatkan bahan tadi ke belakang ikan yang sudah dibelah.

5

Goreng di dalam minyak yang cukup panas, garing setiap belah. Angkat dan hidang.