Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Kastard Berlapis Tanpa Telur"


Tips

Boleh letak apa-apa flavour jika suka.

Ingredients

Agar-Agar Tali 25 gram
Air 4 cawan
Gula 1 cawan
Susu Cair 1 tin (400 gram)
Tepung Kastard Dibancuh Dengan Sedikit Air 3 sudu besar
Pewarna Yang Digemari Secukupnya

Instructions

1

Basuh agar-agar dan masak dengan 4 cawan air hingga hancur. Bila agar-agar telah hancur, masukkan gula.

2

Masukkan susu cair dan campuran tepung kastad (Masukkan campuran ini ke dalam agar-agar yang telah mendidih). Kacau sehingga sebati.

3

Bahagikan adunan agar-agar kepada 4 bahagian - 3 bahagian dibubuh warna yang berlainan sementara 1 bahagian lagi dibiar dengan warna asal.

4

Sediakan bekas / loyang, masukkan 1 senduk adunan yang berwarna asal.

5

Tunggu sehingga lapisan itu beku, baru masukkan bahagian warna yang lain (saya buat 3 warna sahaja). Ulang proses berkenaan sehingga habis.

6

Sejukkan di dalam peti sejuk.