Back to Recipe Print

Recipe for "Popiah Goreng Mudah"


Tips

1) Inti popiah boleh dipelbagaikan. Jika suka boleh ditambah dengan crab stick, telur atau isi ayam.
2) Gunakan bancuhan tepung gandum dicampur dgn sedikit air (seperti pes) untuk digunakan sebagai pelekat bagi proses akhir penggulungan popiah ini.

Ingredients

Kulit Popiah 15 keping/secukupnya
Udang Yang Telah Dibuang Kulit (Boleh Ganti Dgn Isi Ayam Atau Daging) 150 gram
Lobak Merah 1/2 batang
Sengkuang 1/2 cawan
Bawang Besar 1/2 biji

Instructions

1

Bawang besar dan isi udang dicincang halus, kemudian lobak merah & sengkuang dihiris bentuk anak mancis/hiris nipis.

2

Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang besar tadi hingga layu, masukkan isi udang dan hirisan carrot, kacau sebati dan biarkan sebentar.

3

Selepas itu masukkan sengkuang & kacau lagi. Tambah perasa & gaul sebati. Ketepikan.

4

Letak inti di tengah kulit popiah dan lipat seperti biasa. goreng dengan minyak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas.

5

Sedap dimakan panas-panas dan di cicah dengan sos cili ataupun sos cili manis thai.