Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Goreng Cili Padi"


Tips

1) Boleh juga menggunakan sayur kangkung untuk resepi ini
2) Semasa proses menumbuk, boleh tambah dengan sedikit garam bagi memudahkan cili lumat

Ingredients

Nasi 2 mangkuk kecil
Bawang Merah 2-3 biji
Bawang Putih 2 ulas
Cili Padi 7-10 biji/ikut kepedasan masing2
Ikan Bilis 1/2 mangkuk kecil
Sayur Kobis 2 kelopak

Instructions

1

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat. Tambah ikan bilis yang telah dibasuh dan tumbuk kasar.

2

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga agak garing. Kemudian, masukkan sayur kobis, kacau sebati.

3

Akhir sekali, masukkan nasi yang telah diramas dan gaul rata dengan bahan-bahan tumisan yang lain. Tutup api dan sedia dihidang bersama keropok ikan.