Back to Recipe Print

Recipe for "Egg Potatoes Sweet Sour"


Tips

Kuah jangan terlalu cair jangan terlalu pekat.

Ingredients

Telur Omega 4 biji
Kentang 3 biji sederhana dipotong bulat
Bawang Besar 1 labu dipotong bulat
Bawang Putih 2 ulas diketuk
Cili Padi 3 tangkai dipotong kecil
Sos Tomato Kimball 5 sudu besar
Kicap Manis 3 sudu besar
Sos Tiram 1 sudu besar
Air Suam 1 cawan
Garam Secukup rasa
Daun Sup/ Daun Bawang Dihiris kasar
Buah Tomato 2 biji dibelah empat
Minyak Untuk menggoreng

Instructions

1

Goreng kesemua telur separuh masak. Kemudian goreng kentang dan ketepikan.

2

Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga layu.

3

Masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap manis sehingga garing.

4

Selepas itu, masukkan air. Kacau rata dan masukkan kentang, buah tomato dan sedikit garam.

5

Selepas mendidih tutup api dan curahkan kuah keatas telur mata.

6

Tabur daun sup saderi dan siap untuk dihidang.