Back to Recipe Print

Recipe for "Be Passion! Juice"


Tips

Kisar bahan sehingga betul-betul halus. Pilih buah markisa yang ranum supaya jus tidak terlalu masam. Pilih limau gedang yang berwarna oren kerana isinya berwarna merah dan lebih sedap.

Ingredients

Buah Markisa 6 biji diambil isi
Limau Gedang 1 biji diambil isi
Ais Ketul 1 mangkuk
Air Suam 600 ml
Gula Organik / Madu 2 sudu besar

Instructions

1

Potong buah markisa dengan menggunakan pisau gerigi dengan berhati-hati. Dan korek isi menggunakan sudu besi.

2

Masukkan semua isi kedalam pengisar dan tuang 300 ml air bersama sedikit ais. Kisar hingga halus dan tapis. Ketepikan.

3

Seterusnya, masukkan isi limau gedang, 300 ml air dan ais. Kisar sehingga halus, tapis dan ketepikan.

4

Campurkan kedua-dua jus. Masukkan gula dan kacau sehingga larut.

5

Siap untuk dihidang. Boleh juga simpan di dalam peti sejuk. Gunakan botol kaca kedap udara.