Back to Recipe Print

Recipe for "Grilled Chicken With Veggies (Eat Clean) (Healthy Food)"


Tips

Sekali sekala perlulah mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat untuk tubuh badan kita untuk meneutralkan kandungan lemak dan toksin di dalam badan.

Ingredients

Bahan Perapan Ayam:
Ayam Bahagian Dada 2 ketul
Bawang Putih (Cincang) 3 ulas
Madu 3 sudu besar
Minyak Zaitun (Extra Virgin) 3 sudu besar
Seasoning (Maggie) 3 titik
Serbuk Kari 1 sudu kecil
Herba Rosemary 1/2 sudu kecil
Herba Parsley 1/2 sudu kecil
Herba Oregano 1/2 sudu kecil
Chili Flakes 1/2 sudu kecil
Serbuk Lada Hitam 1/2 sudu kecil
Garam Secukup rasa
Sayuran:
Brokoli 1
Carrot 1
Asparagus 4
Capsicum (Cili Benggala) 1
Ubi Kentang 4

Instructions

1

Campurkan kesemua bahan dia atas bersama dada ayam di dalam seal bag (plastik kedap udara) dan gaul ratakan kesemua bahan di dalam plastik. Perapkan seketika.

2

Kukuskan kesemua sayur campuran kemudian angkat. Kesemua bahan digaul dengan garam dan lada hitam.

3

Panaskan oven 200 darjah celcius.

4

Selepas 15min perap ayam tadi, letakkan bahan perapan di atas dulang memanggang. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 45min (sehingga masak). Semasa membakar, taburkan sayur campur yang telah digaul dengan garam dan lada hitam kedalam dulang berisi ayam tadi pada minit ke 20. Kemudian teruskan membakar selama 25min lagi. Ini adalah supaya sayur tidak dibakar terlalu lama.

5

Selepas 45min, cucuk dan hiriskan pada isi ayam yang dibakar unruk memastikan ianya masak sempurna. jika sempurna, ayam tersebut sedia untuk di makan. selamat menjamu selera. ;)