Back to Recipe Print

Recipe for "Biskut Coklat Mentega Kacang"


Tips

Serbuk badam perlu dibakar dalam 15 min supaya biskut tidak lemau selepas bakar.

Ingredients

Bahan A
Tepung Gandum 380 gram
Soda Bikarbonat 1 sudu teh
Baking Powder 1/2 sudu teh
Bahan B
Mentega 250 gram
Gula Halus 220 gram
Telur 1 biji
Esen Vanilla 1 sudu teh
Bahan C
Serbuk Badam (Dibakar 15 Min) 50 gram
Mentega Kacang Halus 150 gram
Coklat Masakan (Hitam & Putih) ~Hiasan 200 gram

Instructions

1

Bahan A dicampurkan dan kemudian di ayak.

2

Dalam mesin pemutar, putarkan gula dan mentega hinga lembut. Masukkan esen vanilla dan telur dan putar hingga pucat warnanya.

3

Masukkan bahan tepung yang telah di ayak .Kemudian masukkan serbuk badam. Gaul rata dan uli hingga doh tidak melekat di tangan

4

Bulatkan doh sebesar guli. Kemudian ratakan untuk isi mentega kacang dalam doh itu. Cara mudah untuk isi letakkan mentega kacang dalam piping beg.

5

Letak di dalam cawan kertas dan susun di dalam dulang pembakar.

6

Kemudian bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal dengan suhu 170C.Bakar selama 20 minit atau sehingga biskut kekuning keemasan.

7

Setelah siap bakar, cairkan coklat masakan dan hias ikut citarasa masing-masing.