Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Prune & Kurma"


Tips

nak letak kurma sahaja pun boleh.jadikan 200 gram.atau prune sahaja 200 gram.

Ingredients

Buah Prune 100 gram
Buah Kurma 100 gram
Butter 150 gram
Gula Halus 125 gram
Telur 3 biji
Esen Vanila 1 sudu kecil
Air 1/2 cawan
Baking Powder (Ayak) 1 sudu kecil
Soda Bikarbonat (Ayak) 1/2 sudu kecil
Tepung Gandum (Ayak) 175 gram

Instructions

1

Prun dan kurma di masak dahulu di dalam periuk bersama 1/2 cawan air sehingga lembut.

2

Lenyekkan dan ketepikan.

3

Dalam bekas lain,pukul butter dan gula sehingga kembang. Masukkan telur 1 per 1.

4

Kemudian masukkan esen vanila dan pukul sehingga sebati. Masukkan buah kurma dan prune yang telah dimasak tadi.

5

Akhir sekali masukkan semua benda yang diayak tadi. Sebatikan.

6

Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celcius.