Back to Recipe Print

Recipe for "Spaghetti Carbonara"


Tips

1) Boleh menggunakan pelbagai jenis pasta yang digemari
2) Selain daripada daging ayam kisar, boleh juga digantikan dengan seafood (udang/sotong).

Ingredients

Pasta (Angel Hair/spagetti/fettucine) 250 gram
Sos Carbonara (Saya Guna Jenama Prego) 1 tin
Bawang Putih 2 ulas
Daging Ayam Kisar (Jenama Ramly) 200 gram
Sosej Ayam/daging 2-3 batang
Cendawan Butang (Dalam Tin) Secukupnya
Daun Sup Dan Daun Bawang Secukupnya

Instructions

1

Didihkan air untuk merebus pasta. Tambahkan sedikit minyak dan sedikit garam. Masukkan pasta pilihan dan rebus hingga lembut. Angkat dan toskan.

2

Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bawang putih yang sudah dicincang halus hingga wangi. Kemudian masukkan daging ayam dan kacau sebati

3

Masukkan sosej dan cendawan butang, kacau2 lagi. Masukkan sos carbonara dan tambah sedikit air untuk adjust kepekatan sos yang diperlukan.

4

Tambahkan dengan sedikit serbuk lada sulah dan daun sup serta daun bawang. Sedia untuk dihidang.