Back to Recipe Print

Recipe for "Nasi Lemak Pandan"


Tips

1. Sambal tidak masukkan bawang merah kisar kerana akan memucatkan warna sambal.
2. Sambal lebih sedap dimasak malamnya jika ingin dimakan waktu sarapan.
3. Daun pandan dipotong 2" supaya aroma pandan lebih mudah diekstrak
4. Boleh tambahkan pewarna hijau jika suka warna yang lebih terang
5. Guna cawan pengukat rice cooker

Ingredients

Bahan Sambal
Cili Kering Kisar 1 mangkuk
Belacan 1 cm
Air Asam Jawa Secukup rasa
Minyak Untuk Tumis Secukupnya
Garam , Gula Secukup rasa
Bahan Nasi
Beras 6 cawan
Santan Sawit Khalis 400g
Daun Pandan 7-8 helai
Minyak Masak 2 sdb
Halia 1 cm
Garam Secukup rasa
Gula 1/2 sdb
Air -+380ml
Bahan Sampingan
Ikan Bilis Goreng Secukupnya
Timun Jepun Secukupnya
Telur Dadar Secukupnya

Instructions

Cara membuat sambal

1

Panaskan minyak kira2 1 1/2 mangkuk dalam kuali besar

2

Tumis cili kisar yang dicampurkan belacan.

3

Renehkan dengan api sederhana kira2 30 minit atau hingga masak. Masukkan sikit air jika sambal sedikit garing

4

Tambah air asam,garam dan gula secukup rasa.
Tambah sikit air panas mengikut kepekatan sambal yang disukai.

5

Biar sambal sejuk sebelum dimasukkan ikan bilis goreng dan kacau rata sebelum dihidang.

Cara masak nasi

1

Potong 4 helai daun pandan kepada 4-5 bahagian. Blender bersama sikit air. Perah dan tapis airnya.

2

Cuci bersih beras dan toskan.

3

Mayang atau ketuk halia. ketepikan. Potong 2" baki daun pandan tadi.

4

Dalam periuk , sangai beras yang telah dicuci kira2 2-3minit. Agak2 berasnya kering sudah mencukupi. Tutup api

5

Tuangkan santan,air pandan dan air biasa hingga mencukupi, air bergantung pada jenis beras. masukan halia dan daun pandan potong tadi

6

Biarkan mendidih,baru masukkan sikit gula,garam secukup rasa dan minyak untuk mengilatkan nasi

7

Kacau rata,kecilkan api dan biar masak sepenuhnya

8

Hidang bersama timun,telur dan lauk sampingan yang lain