Back to Recipe Print

Recipe for "Elmo & Cookie Monster Oreo Cupcake"


Tips

1. Masukkan batter ke dalam piping bag supaya mudah mengisi dlm paper cup liners.
2. Untuk cupcake, biarkan butter lembut pada room temperature sebelum dipukul.
3. Untuk deco mata Elmo & Cookie Monster, boleh juga gunakan chocolate chips jika tiada pewarna hitam

Ingredients

Bahan2 Untuk Oreo Cupcake
Buttercup 250Gm 1 ketul
Telur 4 biji
Gula 1 cawan
Esen Vanilla 1sk
Tepung Kek 2 cawan
Baking Powder 1sk
Oreo (Dihancurkan) 10 keping
Bahan2 Untuk Buttercream Frosting
Buttercup 250Gm 1 ketul
Krimwell 125gm
Gula Icing 3/4 cawan
Esen Vanila 1sk
Pewarna Biru, Merah & Hitam Beberapa titik
Biskut Oreo Dibelah 2 Secukupnya

Instructions

Cara2 menyediakan Oreo Cupcake

1

Panaskan ketuhar suhu 170°C.

2

Ayakkan tepung & baking powder.

3

Satukan butter, tepung, telur, gula & esen vanila. Pukul selama 2 min.

4

Masukkan Oreo dihancur & pukul sekata.

5

Masukkan cupcake liner dlm loyang & isikan batter 3/4 penuh.

6

Bakar dalam oven selama 10-15 min.

Cara2 menyediakan Buttercream frosting

1

Pukul butter & krimwell hingga kembang.

2

Masukkan esen vanilla & pukul lagi.

3

Ayak gula icing & masukkan ke dalam adunan. Pukul sebati.

4

Bahagikan kepada 4 bahagian & warnakan. Warna putih menggunakan buttercream asal. Perlu diingat warna putih & hitam diguna sedikit sahaja.

5

Gunting hujung piping bag, masukkan nozzle seperti dalam gambar & masukkan buttercream. Buttercream bewarna hitam & putih tidak perlu nozzle.

6

Paipkan buttercream bermula dari tepi & mengelilingi cupcake. Paipkan lagi hingga menutupi cupcake.

7

Letakkan biskut Oreo & paipkan buttercream putih & hitam.

8

Ulang langkah hingga selesai. Masukkan dalam peti sejuk supaya buttercream keras.