Back to Recipe Print

Recipe for "Choco Oat Pancake With Apple Sauce"


Tips

Kalau anda suka manis boleh tambahkan gula. Masak lempeng menggunakan api yang kecil.

Ingredients

Tepung Gandum 1 cawan
Susu Segar Coklat 1 cawan
Telur Ayam 1 biji
Serbuk Penaik 1/2 sudu kecil
Butter 2 sudu besar dicairkan
Oat Segera 2 sudu besar
Garam Secubit
Gula Perang 1 sudu besar
Esen Vanilla 1 sudu kecil

Instructions

1

Ayak tepung dan serbuk penaik.Kemudian, campurkan oat gaul hingga rata.

2

Di dalam bekas berasingan pukul telur dan gula hingga larut. Selepas itu, masukkan esen vanilla, susu coklat, butter dan garam. Pukul hingga sebati.

3

Tuang sedikit demi sedikit campuran susu ke dalam bahan kering. Kacau hingga likat dan ketepikan.

4

Panaskan pan dan gunakan senduk untuk menceduk adunan. Tuang dibahagian tengah pan hingga lempeng membentuk sederhana bulat.

5

Apabila permukaan lempeng sudah berbuih sedia untuk diterbalikkan.

6

Ulang langkah tersebut hingga selesai adunan. Lempeng boleh dihidangkan dengan sos atau syrup kegemaran anda.