Back to Recipe Print

Recipe for "Keria Ubi"


Tips

1. Boleh juga guna gula perang/gula merah jenis pasir untuk sira.
2. Sukatan gula boleh ditambah jika suka lebih manis

Ingredients

Ubi Keledek Kuning - + 400g
Tepung Gandum - + 3 cawan
Garam Secubit
Bahan Sira
Gula Pasir 5 sdb
Air 2 sdb

Instructions

1

Kupas dan potong kecil ubi keledek, rebus hingga empuk. Toskan. Masukkan sikit garam semasa merebus

2

Sejukkan ubi sebelum dihancurkan. Lenyek, tumbuk ubi rebus hingga hancur.

3

Masukkan tepung sikit demi sedikit hingga tidak lekat ditangan, menjadi doh yang boleh dibentuk sudah cukup

4

Bentukkan doh seperti donut, boleh juga terap gunakan acuan donut

5

Goreng api sederhana hingga warna keemasan. Sira dengan gula sebelum dihidang

Cara membuat sira

1

Masukkan gula dan air didalam kuali besar, cairkan hingga mendidih dan pekat.

2

Masukkan kuih yang digoerng tadi,gaul hingga rata.
Teruskan menggaul sehingga air gula menjadi putih berkerak.