Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Pisang Dengan Dark Chocolate Chip"


Tips

Pastikan tepung diayak dahulu yer.

Jangan gunakan mixer masa menggaul adunan yang telah ditepungkan. Eloklah digunakan spatula.

Ingredients

Tepung Gandum 2 cawan
Telur 4 biji
Pisang Berangan 5 biji
Gula 3/4 cawan
Minyak Masak 3/4 cawan
Soda Bikarbonat 1 tbs
Baking Powder 1 tbs
Ovellette 1 tbs
Dark Choc Chips 3 tbs

Instructions

1

Putarkan gula dan telur sehingga kembang.

2

Bila dah kembang, masukkan ovellete dan putar lagi, dalam 2, 3 minit lagi, biar rata ovellete dan telur dan gula tadi.

3

Okey, cukup dengan pemutar, sekarang pakai spatula jer tau. Sekarang ni kawan-kawan masukkan pisang yang dah dilecek dan juga minyak. Gaulkan sebati semua sekali.

4

Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama-sama baking powder dan soda bikarbonat.

5

Now, masukkan dark chocolate chip, nak masuk banyak mana? ikut suka kawan-kawan..kalau suka banyak coklat chip, kalau tak suka, masukkan dalam 2 ke 3 sudu sahaja.

6

Now time to baking...Sebelum tu, kawan-kawan panaskan dulu oven pada suhu 170 darjah celcius selama 10 minit okey =) so kawan-kawan tuang lah adunan tadi dalam apa jua loyang yang kawan-kawan ada dan pastikan loyak tadi dioles dengan sedikit minyak atau marjerin...sebab fizi pakai bekas pakai buang ni jadi fizi tak pakai kertas minyak, kalau pakai loyang, nak letak kertas minyak pon ok x letak pon okey..

Bila dah tuang adunan tu, taburkan lagi dark chocolate chip kat atas dier..macam dalam gambar kat atas nie
Dan bakarlah pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit ke 1 jam (tengok kepada saiz loyang atau bekas kawan-kawan)

7

Tadaaa..... dah masak dah....owh fizi lupa nak bagi tahu, lagi 15 minit dah nak masak ataupon belah atas kek kawan-kawan dah nak masak, kawan-kawan boleh gunakan api oven sebelah bawah sahaja (ini cara fizi) sebab belah atas dah perang2 macam gambar ni, nanti kalau pakai api atas bawah takut hangus plak permukaan atas dier ni.

So tunggu sejuk dah boleh dimakan. Kek ni boleh tahan lama kalau simpan dalam peti ais.