Back to Recipe Print

Recipe for "Kway Teow Goreng Kering"


Tips

Nak sedap perahkan limau kasturi selepas dihidangkan

Ingredients

Kway Teow 1 kg
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 2 biji
Cili Kering 15 batang
Udang Kering Sejemput
Cili Sos 3 sudu besar
Sos Tiram 3 sudu besar
Kiub Pati Ayam Seketul
Kicap Manis 5 sudu besar
Kicap Pekat 5 sudu besar
Kucai Sejemput
Tauge Sejemput
Telur 2 biji

Instructions

1

Blender bawang besar, bawang putih, cili kering dan udang kering (tuangkan sedikit minyak dan air supaya senang hancur)

2

Tumiskan bahan2 yang sudah diblender sehingga keluar minyak dan masukkan sos tiram, cili sos, kicap manis, kiub pati ayam dan kicap pekat

3

Pecahkan telur 2 biji, kemudian masukkan kway teow.

4

Tuangkan sedikit air supaya rencah sebati dengan kway teow.

5

Akhir sekali baru masukkan daun kucai dan tauge.. goreng sehingga rencah sebati dan rasa, jika kurang masin baru tambah lagi sedikit kiub ayam.