Back to Recipe Print

Recipe for "Stir Fry Shitake Mushroom With Prawn"


Tips

1. Boleh gantikan english parsley dgn sebarang daun hijauan seperti daun bawang @ daun sup.
2. Elakkan masak udang terlalu lama supaya udang tidak keras.

Ingredients

Cendawan Shitake Fresh 7 kuntum
Udang Sederhana Besar 15 ekor
English Parsley Hiris Halus 1sb
Bawang Merah 2 ulas
Bawang Putih 1 ulas
Air 1/2 cawan
Kicap Manis Kipas Udang 1sb
Sos Tiram 2sb
Serbuk Lada Hitam Kasar 1sk
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Sediakan bahan2nya terlebih dahulu kerana memasak kaedah ini sangat pantas.

2

Panaskan minyak & tumis bawang hingga layu. Masukkan cendawan & air, kacau hingga cendawan layu.

3

Masukkan kicap, sos tiram, garam & kacau lagi.

4

Apabila kuah pekat, masukkan udang, parsley & lada hitam. Kacau hingga udang bertukar warna & tutup api. Sedia dihidang.