Back to Recipe Print

Recipe for "American Sponge Cake"


Tips

Selepas keluarkan dari oven, terbalikkan loyang dan biarkan kek sejuk, baru keluarkan kek dari loyang. Ia bertujuan agar kek tidak turun dan berkedut seperti kek saya.

Ingredients

Putih Telur 6 biji
Kuning Telur 6 biji
Cream Of Tartar 3/4 sudu kecil
Esen Vanila 1 sudu besar
Air 2 sudu besar
Tepung Gandum (Ayak) 100 gram
Baking Powder (Ayak) 1/4 sudu kecil
Gula 200 gram
Icing Sugar (Hiasan) Secukupnya

Instructions

1

Pukul putih telur sehingga berbuih.Masukkan cream of tartar & pukul sehingga hampir pekat & masukkan 1/3 gula dan pukul sehingga bertanduk.Ketepikan.

2

Di dalam bekas bersih yang lain, pukul kuning telur bersama 2/3 gula (baki gula tadi) sehingga sebati.Kemudian masukkan air dan esen vanila.Sebatikan.

3

Kemudian masukkan baking powder,dan tepung gandum ke dalam kuning telur tadi dan sebatikan.

4

Akhir sekali, ambil putih telur tadi,masukkan ke dalam kuning telur (step 3) sebatikan menggunakan kaedah kaup balik dengan menggunakan spatula.

5

Griskan loyang (guna loyang kek span lebih elok). Tuangkan adunan ke dalam loyang.

6

Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau sehingga masak.

7

Tabur icing sugar ke atas kek sebelum makan.