Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Siakap 3 Rasa"


Tips

Jika mahu, boleh ditambah timun, lada benggala dan tomato untuk mendapatkan kuantiti yang maksima.

Ingredients

Penyediaan Ikan
Ikan Siakap 1 ekor (1/2 kilo)
Asam Jawa 1 sudu besar
Garam Secukupnya
Tepung Jagung Secukupnya
Minyak Secukupnya
Sos Ikan
Bawang Merah 2 biji, dikisar
Bawang Putih 4 biji, dikisar
Halia 1 inci, dikisar
Lobak Merah 1 batang, potong dadu
Nenas Secukupnya, potong dadu
Cili Padi 3 tangkai, dihiris
Daun Sup Secukupnya, dihiris
Lada Boh 2 sudu besar
Sos Cili/tomato Secukupnya
Sos Tiram Secukupnya
Gula Secukupnya
Garam Secukupnya
Air Suam Secukupnya

Instructions

1

Bersihkan ikan dengan air asam jawa dan garam. Setelah bersih, lumur ikan dengan garam dan tepung jagung untuk digoreng.

2

Goreng ikan dalam minyak yang betul-betul panas, tos dan asingkan dalam pinggan.

3

Tumis bahan kisar dan lada boh hingga naik bau dan minyak pecah. Masukkan lobak, nenas, sos cili/tomato, sos tiram, garam, gula dan air.

4

Masak kesemua bahan di atas sehingga sebati dan kuah sos sedikit likat. Tuang ke atas ikan dan hiaskan dengan daun sup.