Back to Recipe Print

Recipe for "Telur Bersos Tomato"


Tips

Tambahkan daun bawang potong di akhir nanti bagi menaikkan bau dan rasa.

Ingredients

Telur (Digoreng) 2 biji
Sos Tomato 4 sudu besar
Sos Tiram 2 sudu besar
Rempah Tumis (4 Beradik) Secukupnya
Bawang Merah (Dihiris Nipis) 1 biji
Bawang Putih (Dihiris Nipis) 1 biji
Air 1/2 cawan
Garam Secukup rasa
Minyak (Untuk Menumis) 2 sudu besar

Instructions

1

Tumis bawang dan rempah ratus hingga naik bau.

2

Masukkan sedikit air dan sos tomato.

3

Masukkan sos tiram. Kacau sebati.

4

Jika kuah terlalu pekat, tambahkan air.

5

Perisakan dengan garam.

6

Masukkan telur yg telah digoreng. Biarkan mendidih.

7

Sebelum tutup api, boleh tabur dengan daun bawang potong. (Saya tak letak kerana anak tak suka)