Back to Recipe Print

Recipe for "Cendawan Brokoli"


Tips

1. Boleh tambah sikit serbuk kunyit jika suka sikit berwarna.
2. Air tidak perlu banyak kerana cendawan akan mengeluarkan air masa dimasak.
3. Boleh gunakan garam atau kicap cair ganti sos ikan.

Ingredients

Cendawan Enoki 1 bungkus
Cendawan Bunashimeji 1 bungkus
Cendawan Bunapi 1 bungkus
Brokoli 1 ketul
Carrot 1/2 biji
Bawang Putih 4 ulas
Lada Hitam 2 sdb
Sos Ikan Secukup rasa

Instructions

1

Brokoli di potong mengikut floretnya, carrot dipotong mengikut bentuk yang disukai.

2

Didihkan air dan celur carrot hingga 3/4 masak,masukkan brokoli dan didihkan kira2 1minit. Toskan dan rendam air sejuk seketika dan tos kan semula

3

Tumbuk bawang putih bersama lada hitam. Semua cendawan dibuang akarnya dan dipecah2kan kebahagian kecil

4

Tumis bahan tumbuk hingga wangi,masukkan sayuran celur tadi.
Tambah dalam 1 sudu besar air. Biar mendidih

5

Masukkan semua jenis cendawan dan sos ikan secukup rasa

6

Kacau rata dan biar cendawan sedikit layu sebelum dihidang