Back to Recipe Print

Recipe for "Pes Tomyam"


Tips

1. Simpan didalam petisejuk boleh tahan sehingga 3 bulan.
2. Tambah cilipadi semasa memasak kuah untuk lebih pedas.
3. Tambah garam dan asam jika perlu mengikut citarasa masing-masing.
4. Sukatan menggunakan cawan metrik/cawan sukatan kek

Ingredients

Cili Boh Jenama Puteri 200g
Tomato Puri Tin Kecil 220g
Daun Limau Purut 8-10 keping
Daun Ketumbar 5 pokok
Serai 5-6 batang jenis besar
Lengkuas Besar penumbuk
Udang Kering 50g
Pes Asam Jawa Adabi 1/2 cawan
Minyak *sukat Guna Tin Puri Tomato 1 tin
Garam 3sdb
Air 2 cawan
Gula 1/4 cawan

Instructions

1

Udang kering direndam. Kupas dan hiris kecil lengkuas, serai.

2

Daun limau purut dibuang urat tengah daun,potong 2-3
Pokok ketumbar dibersihkan bersama akar dan potong 2"

3

Masukkan udang kering,bahan hiris dan daun-daun kedalam blender.
Tuangkan ciliboh dan tomato puri kedalam blender

4

Kisar hingga halus.
Masukkan minyak dalam periuk dan tuang bahan kisar

5

Tambah air,garam,gula,pes asam dan reneh api perlahan kira-kira 30minit.

6

Sejukkan sebelum disimpan untuk digunakan masa akan datang. Sudukan pes kedalam sup mendidih untuk sediakan tomyam

7

CARA GUNA : 1/2 cawan pes dicampur dengan 2 cawan air. Tambah cilipadi mengikut pedas. Anggaran 2-3 orang makan
*cawan metrik