Back to Recipe Print

Recipe for "Bibimbap"


Tips

Sos Gochujang mungkin sedikit leceh. boleh beli sos segera di pasayara jusco jika tidak mahu membuatnya.

Ingredients

Daging Batang Pinang / Isi Ayam 1 cawan
Bayam 1 ikat
Lobak Merah 1 cawan
Cendawan Shitake 1-2 cawan
Cendawan Enokitake 1 cawan
Minyak Bijan 1-2 sudu
Bawang Putih 1 biji
Kicap Soya 1 sudu
Kicap Pekat 1/2 sudu
Bijan Panggang 1 sudu
Telur 2-3 bij
Garam & Gula Secukup rasa
Ais Beberapa ketul
Minyak Masak Sedikit
Sos Gochujang
Tauchu 4 sudu
Serbuk Cili 1-2 sudu teh
Sos Cili 1-2 sudu teh
Gula 1 sudu
Minyak Bijan 3-4 titik
Air Sedikit

Instructions

1

Bayam - Didikan Air dgn sedikit garam & masukkan bayam & rendam dalam ais,perah & campur dgn sedikit minyak bijan.ketepikan

2

Cendawan enokitake - didihkan air & masuk cendawan.tosskan & rendam dgn ais,perah & campur dgn sedikit minyak bijan.ketepikan

3

Daging/Isi ayam dipotong nipis & digaulkan bersama kicap soya, kicap pekat, bawang putih dan sedikit garam. Perapkan bahan dlm peti sejuk 30 minit.

4

SAMB- panaskan kuali & minyak, goreng bahan hingga masak.ketepikan

5

Carrot ini dipotong kepada 3 dan dihiris nipis. goreng sehingga lembut. ketepikan.

6

Cendawan Shitake - Bersihkan dan potong cendawan. Kemudian panaskan kuali pan dengan sedikit minyak dan goreng seketika.

7

Telur - Goreng telur mata separuh masak

8

Step akhir - isi nasi kedalam mangkuk dan susun kesemua masakan tadi mengikut kreativiti & tambahkan bijan panggang & minyak bijan.

Sos Gochujang

1

Tauchu ni dibersihkan sikit dulu, tp jgn hilangkan rase masin dia. Kemudian lumatkan dengan sedikit air & tapis(bg dptkan tekstur halus)

2

Dan akhir sekali tambahkan dengan serbuk cili, gula dan sedikit minyak bijan.

3

*Jika bahan2 nak tmbh yang lain ikut kesesuaian pon boleh. Tiada masalah.