Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Oren Gebu"


Tips

Guna marjerin instead of butter, tekstur lebih cantik dan kek tak berapa kering & berderai.
Gunakan cawan teh (tea cup) untuk sukatan yg menggunakan cawan.

Ingredients

Marjerin 1 cawan
Gula Halus 3/4 cawan
Telur 4 biji
Tepung Kek / Tepung Naik Sendiri (Ayak) 2 cawan
Kordial Sunquick Berperisa Oren 5 sdb
Parutan Kulit Oren 1 biji oren (parut kulit sahaja)

Instructions

1

Mula-mula panaskan oven dahulu dengan suhu 160°c (bergantung kepada saiz oven)

2

Pukul marjerin dan gula halus sehingga kembang dan pucat.

3

Kemudian masukkan telur satu per satu sambil putar adunan lagi sehingga kembang dan sebati.

4

Selepas itu, masukkan sedikit demi sedikit tepung kek sambil digaul secara kaul balik sehingga tepung habis dan rata.

5

Akhir sekali, masukkan Sunquick Oren dan parutan kulit oren kedalam adunan. Gaul rata dan terus tuang adunan kedalam loyang yang telah digris dengan marjerin atau dialas dengan baking paper dan bakar selama lebih kurang 40 ke 50 minit atau sehingga kek masak (bila cucuk lidi adunan xmelekat). Bila kek sudah masak, boleh dikeluarkan daripada acuan dan enak dihidangkan sebagai hidangan minum petang.