Back to Recipe Print

Recipe for "Soto Ayam"


Tips

1.Untuk mendapatkan ketupat yg lembut: selepas api ditutup, biarkan ketupat terendam dlm periuk selama 10 minit slps ia masak.
2. Biarkan ketupat sejuk bagi memudahkan ia dipotong.

Ingredients

Ketupat Segera (Ketupat Mini: 20Gm) 18 mini pack
Ayam Daging 1 ekor
Minyak Masak 2 sudu besar
Rempah Sup Bunjut 1 packet (bunjut)
Bahan A (Bahan Perap)
Bawang Merah 8 biji
Bawang Putih 5 biji
Ketumbar 1 sudu teh
Jintan 1 sudu teh
Serbuk Kunyit 1/2 sudu teh
Ajinomoto 1/2 sudu teh
Garam 2 sudu teh
Bahan B (Bahan Tumis)
Lengkuas 2 inchi
Halia 1 inchi
Serai 2 batang
Bahan C (Bahan Hiasan)
Soh Hoon 1 pack 50 gm
Kacang Tanah 1/2 cawan
Daun Bawang / Daun Sup 1 ikat (setengah cekak)
Taugeh 2 genggam
Bawang Goreng 50 gm
Begedil (Optional- Jika Suka) 6 biji
Sambal Kicap Secukupnya

Instructions

1

Rebus ketupat -90minit
Ayam dipotong 6 dan dibersihkan
Kisar atau tumbuk (lebih bagus) Bahan A.
Gaulkan ayam dgn Bahan A. Perap ayam dlm peti sejuk selama sejam.

2

Sementara ayam diperap dan ketupat direbus, sediakan bahan tumis (Bahan B) dan bahan hiasan.
Bahan B diketuk shj kemudian ketepikan.
Goreng kacang dan Soh Hoon.
Potong Daun Bawang dan Daun Sup. Tinggalkan sebatang daun sup utk dimasukkan ke dalam kuah soto.
Sentiasa perhatikan jika air rebusan ketupat berkurang, tambahkan air semula. Seeloknya air panas.

3

Setelah sejam, panaskan minyak dlm periuk dan tumis Bahan B sehingga naik bau kemudian masukkan ayam yg telah diperap td. Gaul ayam dlm periuk lebih kurang 5 minit kemudian masukkan air sehingga menutupi ayam. Gunakan air panas untuk rasa yg lebih sedap. Masukkan rempah sup bunjut. Masukkan sebtg daun sup yg ditinggalkan td. Tutup periuk dan rebus ayam selama lebih kurang 20 minit.

4

Setelah 20 minit (atau ayam telah masak) keluarkan ayam dari periuk. Lumurkan dgn sedikit garam halus. Kemudian goreng ayam sehingga warnanya kekuningan. Tidak perlu lama krn ayam sudah masak.Slps digoreng sejukkan ayam sebentar dan siatkan2 ayam daging ayam. Tulangnya boleh dimasukkan semula ke dlm kuah soto.

5

Matikan api ketupat yg telah masak. Biarkan ketupat terendam seketika dlm air rebusan ketupat (Lebih kurang 10 minit).
Toskan ketupat dan biarkan sejuk seketika sblm dipotong.

6

Cara menghidang: Letakkan ketupat yg telah dipotong, daging ayam yg telah disiat, Soh Hoon goreng, Kacang Tanah goreng, bawang goreng, daun bawang/ daun sup, tauge, Begedil dlm mangkuk. Tuang kuah soto secukupnya. Letak sedikit sambal kicap.
SELAMAT MENCUBA..