Back to Recipe Print

Recipe for "Mee Goreng Basah"


Tips

Mee goreng basah perlu dihidangkan segera atau dihabiskan segera kerana kuahnya nnt akan menyebabkan mee kembang. Seeloknya masak hanya cukup2 untuk sekali makan.

Ingredients

Mee Kuning 1 bungkus
Sotong 3 ekor
Udang Sederhana Besar 12 ekor
Sayur Sawi 1 pokok
Taugeh 1 cawan
Fishball Dihiris 10 biji
Sos Cili 1sb
Sos Tiram 1sb
Kicap 4sb
Garam & Gula Secukup rasa
Bahan Kisar
Cili Kering Direbus 4 tangkai
Bawang Merah 3 ulas
Bawang Putih 3 ulas
Bahan Diakhir Proses Memasak
Air Masak 3/4 cawan
Sos Tiram 1sb
Kicap 3sb

Instructions

1

Panaskan minyak & tumis bahan kisar. Masak hingga pecah minyak.

2

Masukkan sedikit air & semua sos & kicap. Perasakan dgn garam & gula secukup rasa.

3

Apabila mendidih masukkan udang, sotong & fishball. Kacau seketika.

4

Masukkan mee & kacau sebati. Masukkan sayur2an & kacau lagi.

5

Akhir sekali, kacau sebati bahan tuang & masukkan dlm belanga. Kacau sebati & hidangkan segera.