Back to Recipe Print

Recipe for "Kuih Lopes"


Tips

air gula bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

Ingredients

Beras Pulut 2 cawan
Santan Cair 2 cawan
Air Kapur 1 sudu kecil
Garam 1/2 sudu kecil
Pewarna Hijau Beberapa titik
Kelapa Parut Yg Di Gaul Dengan Sedikit Garam Secukupnya
Gula Melaka 3 ketul
Gula 5 sudu besar
Air 5 cawan

Instructions

1

Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau dan air kapur.

2

Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya

3

Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.

4

Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang.

5

Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.

6

Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat.

7

Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.