Back to Recipe Print

Recipe for "Aglio Olio Spaghetti"


Tips

Untuk rasa spaghetti lebih sedap, masukkan garam lebih sedikit semasa merebus.

Untuk lebih pedas, boleh tabur dan makan bersama chili flakes.

Ingredients

Bawang Putih (Dipotong Halus) 5 ulas
Cili Kering (Dipotong) 4 biji
Olive Oil Secukupnya untuk menggoreng bawang putih
Chicken Stock (Saya Guna Maggi Brand) 1 sudu teh
Air 50 ml
Garam Secukupnya
Udang (Size Sederhana) 6-7 ekor

Instructions

1

Rebus spaghetti mengikut masa yang ditetapkan bersama sedikit olive oil dan garam. Toskan.

2

Semasa spaghetti masih panas, taburkan sedikit parmesan cheese dan daun parsley yang dipotong halus. Ratakan dan ketepikan dahulu.

3

Panaskan kuali, masukkan olive oil dan goreng bawang putih dan cili kering yang dipotong sehingga kuning keemasan.

4

Masukkan chicken stock dan air untuk mengelakkan bawang dri hangit. Masukkan udang dan kacau sehingga udang masak.

5

Masukkan spaghetti ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati. Tambahkan parmesan cheese dan daun parsley dicincang secukupnya.

6

Rasakan garam. Angkat dan siap untuk dihidang.