Back to Recipe Print

Recipe for "Bee Hives Bun"


Tips

Pastikan setelah roti masak, wrapkan roti tersebut atau simpankan di dalam bekas kedap udara, ini untuk mendapatkan tekstur roti yang sentiasa lembut

Ingredients

Doh
Tepung High Protein 300gram
Tepung Gandum 200 gram
Susu Tepung 2 tbsp
Madu 2 tbsp
Telur 1 biji
Susu Segar 250ml
Yeast 6gm
Gula 40gm
Marjerin 40gm
Baking Powder 1 tsp
Plain Yogurt 2 tbsp
Egg Wash
Madu Beberapa titik
Baki Telur Untuk sapuan
Susu Segar 1 tbsp
Hiasan
Almond Dipotong Nipis 1/2 cawan
Kuaci Hijau 2 tbsp
Black Seed 1 tbsp

Instructions

1

Masukkan semua bahan doh di dalam mixer dan putar hingga tidak melekat pada bekas,

2

Setelah menjadi doh, ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit,

3

Lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

4

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

5

Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 12 ke 16 ketul, bulat-bulatkan,

6

Susun doh di dalam acuan petak, perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

7

Setelah semua bun naik dua kali ganda, gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, tabur bijan hitam, kuaci hijau dan badam hiris, sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh,

8

Akhir sekali bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

9

Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.

10

Sejukkan atas redai, dan simpan di dalam bekas bertutup. Apabila ingin menikmati buns ini jalurkan atasnye dengan sos butterscotch.